Friday, June 1, 2012

PANDUAN MENGGUNAKAN INSTRUMEN PEMASTIAN STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA

1. PENDAHULUAN

1.1 Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) digubal dengan tujuan memastikan taraf pengajaran yang memuaskan diwujudkan dan dikekalkan di institusi pendidikan seperti termaktub dalam subseksyen 117(a) Akta Pendidikan 1996. SKPM ini terpakai kepada semua jenis sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.

1.2 Untuk melaksanakan SKPM, Jemaah Nazir Sekolah (JNS) telah menyediakan dokumen berikut:
a. Pernyataan Standard
b. Instrumen Pemastian Standard

1.3 Instrumen Pemastian Standard dibina berdasarkan Pernyataan Standard bagi menggantikan Instrumen Pemeriksaaan Peningkatan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan (IPPSTKP), Edisi Kedua 2001.

1.4 Instrumen Pemastian Standard akan digunakan oleh Nazir Sekolah semasa menjalankan penaziran. Pihak sekolah hendaklah menggunakan instrumen ini untuk membuat penilaian dan penarafan kendiri. Agensi-agensi lain di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Bahagian (PPB) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) juga boleh menggunakan instrumen ini ketika melaksanakan pemantauan dan penyeliaan di sekolah.

1.5 Semua pengguna instrumen ini hendaklah membuat penilaian dan menentukan skor bagi setiap item berasaskan maklumat yang betul dan tepat.

2. DIMENSI INSTRUMEN PEMASTIAN STANDARD
 
2.1 Instrumen ini terdiri daripada dua belas elemen yang dikelompokkan kepada kepada empat dimensi :

Dimensi 1 : Hala Tuju Kepimpinan
Elemen 1 : Visi dan Misi
Elemen 2 : Kepimpinan

Dimensi 2 : Pengurusan Organisasi
 
Elemen 3 : Struktur Organisasi
Elemen 4 : Perancangan
Elemen 5 : Iklim
Elemen 6 : Pengurusan Sumber
Elemen 7 : Pengurusan Maklumat

Dimensi 3 : Pengurusan Program Pendidikan
 
Elemen 8 : Pengurusan Program Kurikulum,
                 Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid
Elemen 9 : Pengajaran dan Pembelajaran
Elemen 10 : Pembangunan Sahsiah Murid
Elemen 11 : Penilaian Pencapaian Murid

Dimensi 4 : Kemenjadian Murid
 
Elemen 12 : Kemenjadian Murid Dalam Akademik,
                   Kokurikulum dan Sahsiah

2.2 Elemen akan dinilai berdasarkan aspek, item, dan indikator. 


3. FORMAT INSTRUMEN PEMASTIAN STANDARD

3.1. Instrumen Pemastian Standard mengandungi lima lajur bagi setiap elemen seperti                    ditunjukkan dalam Jadual 1 dan Jadual 2 di bawah :

 
a. Lajur pertama  : No. Aspek
b. Lajur kedua    : Aspek bagi elemen berkenaan
c. Lajur ketiga     : No. Item
d. Lajur keempa  : Item bagi setiap aspek
e. Lajur kelima    : Skor sekolah yang mengandungi sublajur skor
                             (0, 1, 2, 3, 4) atau (0, 1, 2, 3, 4, Purata)


Jadual 1: Elemen SKPM dengan Sublajur Skor (0, 1, 2, 3, 4)






























Jadual 2: Elemen SKPM dengan Sublajur Skor (0, 1, 2, 3, 4, Purata)




















4. PANDUAN MENGISI INSTRUMEN PEMASTIAN STANDARD
 
4.1. Skor bagi setiap item hendaklah ditandakan dengan (1) pada lajur berkenaan.


4.2. Penentuan skor bagi setiap item hendaklah berdasarkan pertimbangan Professional. Untuk tujuan ini panduan penentuan skor secara umum disediakan seperti berikut:



















4.3 Bagi item yang mempunyai indikator, panduan penentuan skor disediakan secara spesifik untuk item berkenaan.

4.4 Bagi Elemen Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), jika lebih daripada satu pelajaran diperhatikan, skor bagi setiap item hendaklah dituliskan dalam bentuk kekerapan pada lajur berkenaan. Purata skor bagi setiap item dikira. Jumlah purata ini digunakan untuk menentukan peratus skor bagi elemen P&P.


4.5 Skor bagi Dimensi 4 (Kemenjadian Murid) hendaklah diisi oleh sekolah berasaskan maklumat yang terdapat di sekolah iaitu rekod pencapaian akademik, kokurikulum dan pembangunan sahsiah murid.


 5. PENGIRAAN SKOR
 
5.1 Jadual 4 di bawah menunjukkan contoh pengiraan skor bagi elemen visi dan misi (Dimensi 1, Elemen 1)


Jadual 4 : Contoh Pengiraan Skor Elemen Visi dan Misi (Dimensi 1, Elemen 1) 






















































5.2 Jadual 5 di bawah menunjukkan contoh pengiraan skor bagi aspek perwatakan guru, penglibatan murid dan hasil kerja murid dalam Elemen 9 (Pengajaran dan Pembelajaran) bagi 10 pelajaran yang diperhatikan.










Jadual 5 Contoh Pengiraan Skor Bagi Aspek Perwatakan Guru, Penglibatan Murid Dan Hasil Kerja Murid Dalam Elemen 9 (Pengajaran Dan Pembelajaran)


5.3 Skor untuk elemen dikira berdasarkan jumlah skor item dalam elemen.

5.4 Bagi item yang tidak berkaitan (TB), skor bagi item tersebut tidak diambil kira dalam mendapatkan jumlah skor aspek/elemen yang berkenaan.


5.5 Semua pengiraan hendaklah dinyatakan betul kepada dua tempat perpuluhan.


6 PENGIRAAN GRED PURATA SEKOLAH

 
Gred Purata Sekolah (GPS) dikira seperti berikut:


6.1 Setiap gred diberi nilai gred mata pelajaran (NGMP):


a. Bagi PKSR, UPSR, PKSM (Peralihan hingga Tingkatan 3) dan PMR, NGMP adalah seperti berikut:























b. Bagi PKSM Tingkatan 4 dan 5, dan SPM, NGMP adalah seperti berikut :


































c. Bagi PKSM Tingkatan 6, STPM dan STAM NGMP adalah seperti berikut:






























6.2 Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) bagi setiap mata pelajaran ditaksir dengan mengambil kira bilangan murid yang memperoleh setiap gred seperti contoh Jadual 9A

6.3 Gred Purata sesuatu tahun atau tingkatan (GPT) ditentukan dengan membahagikan jumlah GPMP mata pelajaran (hasil Jadual 9A) dengan jumlah mata pelajaran seperti contoh dalam Jadual 9B.


6.4 Gred Purata Sekolah (GPS) diperoleh dengan membahagikan jumlah Gred Purata Tahun atau Tingkatan (hasil Jadual 9B) dengan jumlah bilangan tahun atau tingkatan seperti dalam contoh Jadual 9C.


6.5 Skor GPS ditentukan dengan merujuk panduan yang ada didalam instrumen bagi aspek yang bekenaan seperti Jadual 9D.


7. PENGIRAAN GRED PURATA SEKOLAH (GPS) BAGI SEKOLAH RENDAH:
 
    Berikut adalah contoh pengiraan GPS dalam PKSR sebuah sekolah rendah.


7.1 Kirakan GPMP bagi mata pelajaran Bahasa Melayu (Penulisan) PKSR Tahun 6. Bilangan murid tahun 6 seramai 80 orang





































7.2 Gred Purata bagi mata pelajaran lain dalam PKSR Tahun 6 dikira dengan cara yang sama dan dimasukkan ke dalam Jadual 9B di bawah untuk menentukan Gred Purata Tahun 6 (GPTh6) sekolah.




















































7.3 GPTh6 disatukan dengan GP semua tahun untuk menentukan GPS dalam PKSR.






























7.4 Skor untuk GPS dalam PKSR ditentukan seperti berikut :
































7.5 Ini bermakna skor bagi Gred Purata Sekolah dalam PKSR ialah 4.

8. PENGIRAAN GRED PURATA SEKOLAH (GPS) BAGI TINGKATAN 4 DAN 5

 
Gred Purata bagi mata pelajaran PKSM dikira seperti berikut:


8.1 Kirakan GPMP bagi satu mata pelajaran PKSM, contohnya Bahasa Melayu PKSM Tingkatan 4. Bilangan murid Tingkatan 4 seramai 217 orang.











































































8.2 Gred Purata bagi mata pelajaran lain PKSM ditentukan dengan cara yang sama dan dimasukkan dalam Jadual 10B seperti di bawah untuk menentukan Gred Purata Sekolah dalam PKSM Tingkatan Empat (GPTg4).


































































8.3 GP Tingkatan 4 disatukan dengan GP Tingkatan 5 untuk menentukan mendapat GPS dalam PKSM Tingkatan 4 dan 5 (GPTg45) seperti contoh dalam Jadual 10C berikut :




































8.4 Skor untuk GPS dalam PKSM Tingkatan 4 dan 5 ditentukan seperti berikut :








































8.5 Ini bermakna skor bagi Gred Purata Sekolah dalam PKSM Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 ialah 3.

9.  PENGIRAAN GRED PURATA SEKOLAH BAGI TINGKATAN 6
 
     Gred Purata bagi mata pelajaran PKSM Tingkatan 6 dikira seperti berikut:


9.1 Kirakan GPMP bagi satu mata pelajaran, contohnya Bahasa Melayu PKSM Tingkatan 6 Atas. Bilangan murid Tingkatan 6 Atas seramai 97 orang.











































































9.2 Gred Purata bagi mata pelajaran lain PKSM Tingkatan 6 Atas ditentukan dengan cara yang sama dan dimasukkan dalam Jadual 11B untuk menentukan Gred Purata Sekolah dalam PKSM Tingkatan 6 Atas (GPTg6A).




























































9.3 GP Tingkatan 6 Atas disatukan dengan GP Tingkatan 6 Bawah untuk mendapat GPS dalam PKSM Tingkatan 6 (GPTg6) seperti contoh dalam Jadual 11C berikut :








































9.4 Skor untuk GPS dalam PKSM Tingkatan 6 yang terkini ditentukan seperti berikut :


































9.5 Ini bermakna skor diperoleh bagi Gred Purata Sekolah dalam PKSM Tingkatan 6 ialah 3.

10. PENENTUAN SKOR BAGI PENGLIBATAN MURID DALAM KOKURIKULUM (ASPEK 12.6.1)
 
Semua penyertaan murid dalam aktiviti di semua peringkat penyertaan iaitu antarabangsa, kebangsaan, negeri, bahagian, daerah dan zon diambil kira. Skor untuk aspek ini ditentukan berdasarkan peratus murid yang menyertai aktiviti kokurikulum di peringkat yang berkenaan (diperolehi dengan membahagi bilangan murid yang menyertai dengan bilangan keseluruhan murid).


11. PENENTUAN SKOR BAGI PENCAPAIAN MURID DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM (ASPEK 12.6.2, 12.6.3, 12.6.4 DAN 12.6.5)

 
Skor untuk pencapaian murid dalam aktiviti Kelab dan Persatuan Akademik, Badan Beruniform serta Sukan dan Permainan ditentukan berdasarkan penilaian yang dijalankan oleh sekolah menggunakan kriteria yang ditetapkan.


12. PENENTUAN SKOR BAGI PEMBANGUNAN SAHSIAH MURID (ASPEK 12.7.1 DAN 12.7.2)

   
 Penentuan skor untuk pembangunan sahsiah murid adalah berdasarkan rekod dan laporan yang terdapat   di sekolah, contohnya:


a. Rekod Salah Laku Murid ;
b. Laporan Lembaga Disiplin ;
c. Laporan Disiplin Pengawas ;
d. Laporan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling ;
e. Laporan Guru Penasihat Persatuan ;
f. Laporan Merit Murid (bagi sekolah yang mengamalkan) ;
g. Laporan Demerit Murid (bagi sekolah yang mengamalkan) ;
h. Laporan Merit dan Demerit Murid (bagi sekolah yang mengamalkan) ; dan
i. Kad 001/002.



13. RUMUSAN SKOR
 
Kesemua skor yang diperoleh bagi setiap elemen dan dimensi dirumuskan dalam Borang Rumusan Skor seperti contoh dalam Jadual 12 di bawah bagi sekolah rendah yang tiada prasekolah.













































































14. PENARAFAN SEKOLAH
 
14.1 Penarafan sekolah dibuat berpandukan Jadual Penarafan Sekolah seperti Jadual 13 berikut :

















14.2 Ini bermakna sekolah seperti dalam contoh di atas berada pada Tahap 5 (Taraf Sekolah Harapan).





















































No comments: