Friday, June 1, 2012

STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA


5. Instrumen Pemastian Standard

5.1 Pencapaian standard kualiti pendidikan sesebuah sekolah ditaksir dan diukur dengan menggunakan Instrumen Pemastian Standard Standard (IPS) yang digubal oleh Jemaah Nazir Sekolah.

5.2 Sekolah boleh mengukur sendiri pencapaian standardnya dengan menggunakan instrumen tersebut dan hasilnya akan hasil dinamakan keputusan penarafan kendiri sekolah.

5.3 JNS akan menggunakan Instrumen ini semasa melaksanakan tugas penaziran. Hasilnya dinamakan keputusan pemeriksaan.

5.4 Agensi lain KPM seperti Jabatan dan Bahagian dalam Kementerian Pendidikan, JPN, PPB, dan PPD boleh menggunakan instrumen SKPM ini sebagai panduan semasa melaksanakan pemantauan dan penyeliaan sekolah.

5.5 IPS ini dibina dengan mengelompokkan elemen-elemen SKPM kepada empat dimensi iaitu :

a. Dimensi 1 : Hala tuju Kepimpinan Sekolah

• Elemen 1 : Visi dan misi
• Elemen 2 : Kepimpinan

b. Dimensi 2 : Pengurusan Organisasi

• Elemen 3 :  Struktur Organisasi
• Elemen 4 : Perancangan
• Elemen 5 : Iklim
• Elemen 6 : Pengurusan dan Pembangunan Sumber
• Elemen 7 : Pengurusan Maklumat

c. Dimensi 3 : Pengurusan Program Pendidikan

• Elemen 8 : Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid
• Elemen 9 : Pengajaran dan Pembelajaran
• Elemen 10 : Pembentukan Sahsiah Murid
• Elemen 11 : Penilaian Pencapaian Murid

d. Dimensi 4 : Kemenjadian Murid

• Elemen 12 : Kemenjadian Murid Dalam
Kurikukum, Kokurikulum dan Sahsiah

5.6 Setiap elemen SKPM akan dinilai berdasarkan aspek dan item.

No comments: